Bila pena menari.....

 Ketahuilah Sahabat

Jika kau merasa lelah dan tak berdaya dari usaha yang sepertinya sia-sia...
Allah SWT tahu betapa keras engkau sudah berusaha.

Ketika kau sudah menangis sekian lama dan hatimu masih terasa pedihnya...
Allah SWT sudahpun menghitung airmatamu.

Jika kau fikir bahawa hidupmu sedang menunggu sesuatu dan waktu terasa berlalu begitu sahaja ...
Allah SWT sedang menunggu bersama denganmu.

Ketika kau merasa sendirian dan teman-temanmu terlalu sibuk untuk menghubungimu...
Allah SWT selalu berada disampingmu.

Ketika kau fikir bahawa kau sudah mencuba segala-galanya dan tidak tahu hendak membuat keputusan ...
Allah SWT punya jawapannya.

Ketika segala sesuatu menjadi tidak masuk akal dan kau mula merasa tertekan...
Allah SWT dapat menenangkanmu.

Jika tiba-tiba kau dapat melihat jejak-jejak harapan...
Allah SWT sedang berbisik kepadamu.

Ketika segala sesuatu berjalan lancar dan kau merasa ingin mengucapkan kesyukuran,
Allah SWT telah memberkatimu.

Ketika sesuatu yang indah terjadi dan kau dipenuhi ketakjuban,
Allah SWT telah tersenyum kepadamu.

Ketika kau memiliki tujuan untuk dipenuhi dan mimpi untuk digenapi,
Allah SWT sudah membuka matamu dan memanggilmu dengan namamu.

Maka ingatlah..
walau dimanapun, atau kemanapun kau menghadap...
Allah SWT MAHA TAHU


bila hati berbicara..1/8/2009

aku termenung sendiri..
melewati dimensi waktu..
terkadang aku tertanya..
untuk apa aku hidup??
jika hidup ini sentiasa
membuatkan aku leka, alpa, lalai
dan hanyut di dalamnya...
aku menjadi hairan..
manusia di sekelilingku hidup bertopengkan kepalsuan semata- mata..
bukan mudah untuk mencari manusia yang tulus hatinya..
yang teguh berdiri di atas jalanNya..
kutahu..
ramai di antara mereka yang sering salah menafsir diriku..
aku kini lebih tega berdiam diri..
biarlah mereka berkata..
sampai masanya akan hilang juga kata-kata sumbang itu..
aku lebih senang hidup dalam duniaku..
tanpa ada mereka yang mengganggu ketenangan atmaku..
hanya denganNya aku bisa berbicara..
meluahkan segala rasa yang terbuku di hati ini..
walaupun bergetar hati ini menahan derita..
biarlah aku sendiri dalam ilusi..
mereka tidak berhak untuk mengadili diriku..
kerna kita hanya insan biasa..
yang sering berbuat dosa..
namun kita berhak memilih jalan yang akan membimbing kita
ke dunia yang sangat indah..
bila hati berbicara..
ke atas kanvas inilah aku meluahkan segala rasa..


SEPI  26/3/2009


kini ku sendiri lagi..
melewati hari..
seolah2 hukum karma telah menyatakan hidup aku harus begini..
bagaimana harus aku lalui semua ini..
hidup ini pasti akan musnah,,
tanpa adanya iman di hati..
walau sekuat mana aku cuba..
ianya tetap akan berlaku..
kadang2 ingin saja aku menjadi halimunan..
menjadi pemerhati kpd setiap yg berlaku..
tp..aku tahu it semua mustahil..
aku penat..
aku letih..
aku ingin berhenti berlari..
dari semua yg menyesakkan fikiranku..
biar sahaja semua yg berlaku menjadi rahsia diriku..
andai saja rahsia ini terbongkar..
pasti saja kiamat akan berlaku pd diriku...
smpai bila aku mampu sembunyikan??
smpai nafas kuterhenti..
mampukah aku??

KENANGAN SEMALAM 5/4/2009


untuk seseorang..

terima kasih atas cintamu..
terima kasih atas sygmu..
terima kasih atas pengorbananmu..
terima kasih atas kesabaranmu..
terima kasih atas perhatianmu..

terima kasih kerna mengingatkan aku pelajaran itu lebih utama..
terima kasih kerna menyedarkan aku dari mimpi ..
terima kasih kerna membawa aku kembali berpijak di bumi yg nyata..
terima kasih kerna mendengar setiap masalahku..
terima kasih kerna bertahan dgn setiap karenahku..
terima kasih kerna tidak pernah mengongkong hidupku..

terima kasih kerna percayakan diriku..
terima kasih kerna sentiasa berlemah lembut dgnku..
terima kasih kerna sentiasa disisiku..
terima kasih kerna tidak pernah jemu dgn diriku..
terima kasih kerna memahamiku..
terima kasih kerna tidak meninggalkanku..
terima kasih kerna mengingatkan aku bahawa cinta Allah itu lebih utama..

maafkan diri ini atas sgla2nya..
kau tidak perlu menjadi pelangi utk diriku kerna
jadilah diri kmu sendiri..
jgn jd org lain..
moga di masa dpn dia tidak berubah...
kerna aku percaya pd takdirNya..


MAAFKAN AKU TUHAN  14/4/2009


aku tahu Engkau Tuhanku...

adalah Cinta Agung..

aku pun mahu mncintaiMu..

aku tahu mncintaiMu amat perlu..

ia kmuncak drpd sgala kebahagiaan..aku berusaha ke arah itu..

tapi Cinta ku pada Mu Tuhan selalu terganggu..

banyak yang dtg mnganggu...

nafsuku dan syaitan terkutuk..

dunia mmpersona mengamit slalu..

d waktu itu lupa ku pada Mu..

Cinta ku jauh skali..skali skala dtg juga..

walaupun sdikit trasa indahnya..

kmudian lupa lg...

Engkau patut dicintai..

selepas itu ku terlupa lg..

bgitu Cintaku kpd Mu Tuhan..

krn kelalaian silih brganti..

kmudian skali skala sedar kmbali Engkau cinta Agung..

dengan hti yg sdih ini tlg lah aku...

dgn Rahmat Mu..

bntulah aku mncintai Mu..

itu lah harapan ku pd Mu...

JIKA ENGKAU PERGI  23/5/2009



Bermulanya semua
hanya dengan rasa

ada saja yang tak kena
Rupanya kau berkasih

Menyingkir setia
Sandiwara penuh dusta


Kini ku beri satu amaran

Jangan nanti jadi cabaran

Aku ingin kau memadam kenangan

Menjadi mimpi berterbangan
Jika engkau pergi,
bulan dan bintang tetap masih di langit

Jika engkau pergi, air mengalir takkan berhenti

Jangan khuatir tentang diri ku


Ku janji takkan merindui mu

Bermusim resah hadir membelai

Menyentuh hati kecewa

Janji sehidup semati

Tinggal tiada lagi

Impian hancur depan mata

Semakin terungkap kepastian
Biarlah ku rela melepaskan

Pada mu cinta cuma lah mainan

Sekadar untuk senda bersama

Puas sudah ku berikan engkau segalanya

Jalan cerita pun nyata akan berubah



 SATU DIMENSI 31/7/2009

utk apa semua ini??
masa itu begitu cemburu dgnku..
terasa lelah utk berlari lagi..
ingin aku menghilangkan diri
dari semua kekusutan ini..
fikiran menjadi kusut..
akal menjadi bingung..
langkah kakiku terasa berat..
kelopak mata seperti terpejam walhal ianya terbuka..
bila agaknya ia akan berhenti..
segala ilusi ini..
segala khayalan ini..
manusia2 itu lalai dan leka semuanya..
bermain dlm dunia fantasi..
sehingga terlupa pd Pencipta diri..
terlalu lama rasanya rasa itu tidak hadir..
rasa y membuatkan aku berasa tenang selalu..
seolah2 aku bukanlah aku..
terasa aku ini hidup dlm dimensi laen..
mencipta pentas hidupku sendiri..
aku adalah aku..
walaupun tiada orang berkata2 tentang aku..
ke mana harus ku mengadu..
keasyikan dunia ini telah melekakan aku..
bagaimana aku ingin rasa itu hadir semula..
aku sudah kehilangan banyak waktu tanpa rasa itu..
hidupku ini seolah2 tiada arah tuju..
Ya Allah, tolonglah hambaMu ini..
sesungguhnya,
aku amat perlukanMU..